FANDOM


Robot Pemusnah Mukalakus adalah sebuah robot pemusnah yang diberi secar gratis oleh Bago Go sebagai hadiah kepada Probe yang telah menggadaikan kapal angkasa Adu Du demi membeli sudip listrik dalam musim pertama episode 12, dengan alasan Bago Go memberikan Robot Pemusnah ini karena tidak ada tenaga yang mampu menghidupkannya, menjelang puncak musim pertama seri BoBoiBoy.

Penampilan

Mukalakus merupakan objek paling kuat yang digunakan oleh pihak musuh dalam musim pertama serial animasi ini. Ia mampu menewaskan lawan dengan mengatasi kuasa-kuasa super lawan itu, seperti lebih pantas daripada Ying dan lebih kuat daripada Yaya. Akan tetapi, ia akhirnya dikalahkan oleh BoBoiBoy yang berpecah menjadi tiga dan masing-masing menggunakan kuasa tertingkat, iaitu BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Topan dan BoBoiBoy Gempa, khususnya Gempa yang menghasilkan makhluk tanah yang sama kuat dengan Mukalakus.

Adu Du telah membaiki Robot Pemusnah Mukalakus ke versi yang lebih kuat dan menggunakan Robot itu bersatu dengan BoBoiBoy untuk mengalahkan Ejo Jo sekali gus membalas dendam atas kematian Probe yang dikalahkan oleh Robot Ejo Jo.

Kekuatan

Meskipun Robot Pemusnah Mukalakus tidak memiliki kekuasaan tetapi dilengkapi senjata yang cukup berbahaya dan mampu untuk mengalahkan BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan dengan sekaligus.

Robot Pemusnah Mukalakus mendapat kekuatan dan potensi nyata ketika mendapat bantuan kuas dari Bola Kuasa dan mengubah matanya ke merah dari warna aslinya biru.

  • Larian Laju: Roket Booster yang terletak dibelakang Mukalakus membolehkannya untuk bergerak lebih pantas daripada apa pun.
  • Terbang: Roket Booster yang dimilikinya memberi kemampuan untuk ia terbang
  • Tumbukan Keras Mukalakus: Mukalakus mengenakan serangan tumbukan padu untuk menyerang musuhnya.
  • Tembakan Laser Pemusnah: Mukalakus menyerang musuhnya dengan laser yang kuat yang terletak di dahinya, impaknya boleh memusnahkan sesuatu kawasan dengan mudah.
  • Pedang Laser Merah: Versi yang besar bagi Pedang Halilintar untuk menahan serangan jarak jauh mahupun menyerang musuh dengan lebih efektif.
  • Kuasa Laser Maksima: Menyerang musuh dengan laser yang dihasilkan oleh tangan Mukalakus dari jarak yang selamat.
  • Tiga Laser Maksima: Kuasa terkuat untuk Robot Pemusnah Mukalakus milik Adu Du yang menggabungkan Tembakan Laser Pemusnah daripada dahinya dan Kuasa Laser Maksima daripada tangan untuk menghasilkan tembakan laser yang kuat.

Galeri

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.